Monday, 19 March 2012

PROFAIL PERSATUAN :











VISI

PERPADUAN , KERJASAMA ,KEBERSIHAN SERTA  KECERIAAN

MISI.

SEMANGAT KEJIRANAN ,
GOTONG ROYONG (KEBERSIHAN ),
PERJUMPAAN AHLI PERSATUAN,
KUNJUNGAN HARI-HARI PERAYAAN DAN
LAWATAN KE HOSPITAL .

PROFAIL TAMAN DESA BARU.
BUKIT BARU.MELAKA
Pintu Gerbang Taman Desa Baru

BAHAGIAN A

1. PENGENALAN.
                   
Taman DESA BARU terletak  dalam Mukim Bukit Baru di bawah Pengerusi JKKK Bukit Baru,Padang Jambu, Daerah Melaka Tengah,kedudukan taman ini dalam DUN Bukit Baru  di bawah Ahli Dewan Undangan  Negeri Bukit Baru, iaitu  YAB. Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam  (Ketua Menteri ) dan dalam bahagian Parlimen Bukit Katil di bawah wakil parlimen YB.Datuk Md.Sirat Bin Abu. Kedudukan taman ini jaraknya 5 Km dari pusat    Bandaraya  Melaka Bersejarah  iaitu di kanan Leboh  Air Keroh ke pusat bandar.

Taman Desa Baru mula  dijadikan taman perumahan dalam tahun 1980 sehingga 1984 dibuat secara berperingkat-peringkat.Taman ini terdiri dari 4 buah taman perumahan iaitu Taman Haji Yusof(HPY),Taman Desa Bakti,Taman Temenggong dan Taman Desa Baru. Taman-taman ini telah disatukan dinamakan Taman Desa Baru.

Asal ususl taman perumahan ini ialah kawasan sawah padi.Pembangunan pesat serta faktor-faktor pengairan yang terhad,kawasan ini telah dijadikan taman perumahan.  Penduduknya juga bukan sahaja dari negeri Melaka bahkan dari serata negara.Kedudukan taman ini dari segi persekitarannya amat strategik di mana kedudukanya dalam bandar berhampiran Hospital Besar Melaka,Poliklinik Peringgit,Masjid Negeri ( Masjid AL Azim ) ,Pasar Besar Melaka   dan  MELAKA SENTRAL.Selain dari kemudahan ini terdapat sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Peringgit, Sekolah Agama Peringgit  dan Sekolah Menengah Kebangsaan ST David, Bukit Baru, pada keseluruhannya kemudahan asas ini dalam lingkungan 1 Km dari    Taman DESA BARU.

2. PERSEMPADANAN
Peta Taman
Peta Google
Di sekitar  taman Desa Baru terdapat beberapa taman perumahan dan kampung tradisional  , di timur terdapat Taman  Indah 1 , 2 dan 3, di selatan   Taman Putra dan Taman Bahagia,  di barat seberang   Leboh Air Keroh  Taman Perkota dan di utara  kampung  Padang Jambu dan Bukit Sebukor.Jiran yang paling hampir dengan taman ini ialah   kampung Pulau Kelapa dan kampung  Seberang Batu Hampar.

3. PERUMAHAN / KEDAI


  3.1. RUMAH KEDIAMAN

Rumah-rumah kediaman terdiri dari berbagai jenis sebanyak   349 buah iaitu.:-

3.1.1  JENIS BANGLO   -                                          8 BUAH
3.1.2. JENIS BERKEMBAR   -  52 BUAH
3.1.3. JENIS BERKEMBAR 2 TINGKAT -  16 BUAH
3.1.4. JENIS TERES 2 TINGKAT -  150 BUAH
3.1.5. JENIS TERES 1 TINGKAT -  70 BUAH
3.1.6. JENIS TERES 1 TINGKAT KOS RENDAH-   64 BUAH

JUMLAH                                                               360 BUAH      

3.2.     RUMAH KEDAI.
3.2.1.  7  RUMAH KEDAI 2 TINGKAT.

4. PENDUDUK TAMAN DESA BARU.

Penduduk  TAMAN DESA BARU terdiri dari pelbagai kaum,iaitu    Melayu , Cina dan  India dengan jumlah anggaran seramai   1,275 orang. Pekerjaan penduduk taman ini terdiri dari kalangan profesional,kakitangan kerajaan,pekerja swasta dan kilang,peniaga dan pesara kerajaan dan swasta  . Perhubungan antara kaum taman ini amat baik,ini dapat dilihat dalam kegiatan gotong royong dan penjagaan persekitaran kawasan taman.

5. JALAN PERHUBUNGAN

Taman DESA BARU mempunyai perhubungan jalantaman yang baik     , jalan utama masuk ke taman ini dihubungkan terus dari   Leboh Air Keroh  bertentangan dengan   Peringgit Point ( Terdapat pintu gerbang yang indah(SELAMAT DATANG KE TAMAN DESA BARU ). Jalan dalam taman terbahagi kepada dua nama iaitu    JALAN DESA BARU dan JALAN DESA BAKTI.  JALAN DESA BARU juga sebagai laluan utama ke Taman  Indah , Taman Bahagia dan Taman Putra.  Dari Taman Putra menghala ke  Hospital Besar  Melaka  dan Masjid  AL AZIM.

Perhubungan ke timur,jalan   Taman Desa Baru menghala  ke  Taman Indah yang terus ke    kampung  Padang Jambu  serta jalan lama  Air  Keroh ke Melaka

6. KEMUDAHAN ASAS.

Terdapat beberapa tempat kemudahan asas dalam    Taman Desa Baru yang disediakan oleh kerajaan negeri  , Wakil Parlimen dan Ahli DEWAN UNDANGAN NEGERI, kemudahan ini telah banyak memberi faedah kepada penduduk taman,antaranya:-

6.1. SEBUAH BALAI RAYA
                 
6.2. PERALATAN PERMAINAN KANAK-KANAK.
                     
6.3. PADANG BOLA BERPAGAR,
                 
6.4. SEBUAH SURAU
                 
6.5. TAMAN DAN BANGKU REHAT.
Naik Taraf 2012 :Taman Mini
Tempat Rehat
                 
6.6.  PONDOK TEMPAT DUDUK REHAT.
               
6.7. RUMAH TEBERSIH/TERCANTIK
Rumah En.Hussein

2012:Rumah Ir.Rokman bin M Dayan
               
6.8. SISTEM PERPARITAN .
Naik Taraf 2011:Longkang Monsoon
Longkang Monsoon
               
Terdapat sebuah kolej swasta  dalam  TAMAN DESA BARU iaitu  ,  KOLEJ PERUBATAN MANIPAL. Kebanyakan pelajar    IPTS  ini dari seluruh  Malaysia dan luar negara.Sehubungan dengan adanya    IPTS ini , memberi peluang pendapatan kepada penduduk   Taman Desa Baru dengan penyewaan rumah kediaman   , restoren  serta gerai makanan  .


Naik Taraf 2012: Bahagian Pergigian


Kolej Perubatan Manipal Melaka

Selain dari kemudahan tersebut di atas  , Taman Desa Baru (JALAN UTAMA ) juga terdapat  PASAR MALAM pada setiap petang   JUMAAT dari JAM 3.00 PETANG HINGGA JAM 7.00 MALAM. Para peniaga terdiri dari penduduk tempatan dan luar kawasan.   Ini memberi kemudahan kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan barang keperluan harian. Pasar ini bukan sahaja menjual kuih muih bahkan keperluan dapur.Pada setiap bulan Ramadan peniaga pakaian juga mengambil peluang di pasar ini .Dengan adanya   PASAR MALAM ini PERSATUAN PENDUDUK memperolehi pendapatan tambahan kerana setiap peniaga dikenakan bayaran   RM 2.00 untuk setiap gerai  .
Pasar Malam dibatalkan tahun 2010

7. PERTUBUHAN LAIN DALAM TAMAN DESA BARU.
               
Selain dari   PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA BARU, terdapat lain-lain pertubuhan
 seperti  :-
                               
7.1. CAWANGAN UMNO TAMAN DESA BARU.
( KETUA CAWANGAN - TUAN HJ.DATUK HANAFIAH BIN HJ.ABDULLAH)
             
7.2. LEMBAGA PERTUBUHAN KELUARGA ISLAM ( LPKIM )
( PENGURUSI - PUAN SERI ZABEDAH BINTI ABDULLAH )

  7.3. JAWATAN KUASA SURAU( MENTADBIR SURAU)

                         
 BAHAGIAN  B

8. AKTIVITI  PERSATUAN DAN  PENDUDUK.

BANYAK AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PERSATUAN PENDUDUK TAMAN INI
 ANTARANYA.

8.1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN.

8.2. MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA.

8.3. PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA MBMB.
Ir.Rokman bin M. Dayan
MBMB

Pengerusi semasa: Hj.Yahya bin M.Sahid


Sukarelawan






8.4. LATIHAN BOLA SEPAK ANAK-ANAK TAMAN DAN LUAR TAMAN.

8.5. SENAMAN TAI CHI CHUAN CINA.( MALAM  )

8.6. SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN.
( MELALUI JK SURAU )

8.7. SOLAT SUNAT TERAWIH.

8.8. BACAAN TADARUS AL QURAN DALAM BULAN RAMADAN.

 8.9   Latihan bola sepak

9. KEBERSIHAN TAMAN DAN PEPARITAN SERTA KAWALAN PENYAKIT.
Pusat Kitar Semula

Penduduk  TAMAN DESA BARU sentiasa mengekalkan kebersihan serta menambah keceriaan kawasan dengan memotong rumput serta menanam bunga hiasan di kawasan rumah masing-masing.Disamping itu ada sebahagian penduduk menanam berbagai jenis buah-buahan di luar kawasan dan sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.

Pungutan sampah,bahan kitar semula dan dahan serta ranting-ranting pokok dipungut secara berjadual oleh KONTRAKTOR PEMUNGUT SAMPAH ( SOUTHERN WASTE ) kutipan sampah rumah setiap hari Selasa   dan Sabtu.Ranting daun dan sampah longgok dibuat pada awal dan pertengahan bulan . Penduduk berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor .

Selaian dari pungutan sisa pepejal pihak kontraktor juga memberi perkhidmatan memotong rumput secara berjadual dua kali sebulan  ,kebersihan perparitan taman ini ditahap yang baik di mana terdapat dua parit besar melalui Taman Desa Baru  menghala ke  sungai Melaka.   Pembersihan sistem perparitan dijaga baik oleh pihak kontraktor sekali dalam sebulan.

Pihak JABATAN KESIHATAN DAERAH MELAKA TENGAH juga memberi khidmat kawalan penyakit dengan membuat rondaan semburan memusnahkan nyamuk berkala 2-3 bulan sekali semburan.

Dia dapat Tong sampah ke 2 Pada 8.6.2012
Membasmi Nyamuk

BAHAGIAN  C

10. KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN

KEBERSIHAN

Usaha yang berterusan PERSATUAN PENDUDUK TAMAN serta pertubuhan-pertubuhan yang ada di dalam  TAMAN DESA BARU dan kerjasama dari semua pihak termasuk agensi kerajaan,taman ini telah mendapat pengiktirafan dari   ,   MBMB serta kerajaan negeri,antaranya :-


10.1. TAHUN 1998 TEMPAT KETIGA KEBERSIHAN PERINGKAT NEGERI.

10.2. TAHUN 2003 TEMPAT KETIGA KEBERSIHAN PERINGKAT NEGERI.

10.3  TAHUN 2006 TEMPAT PERTAMA KEBERSIHAN DAERAH.

10.4. TAHUN 2006 TEMPAT PERTAMA KEBERSIHAN PERINGKAT NEGERI.

 10.5  Taman angkat SWM 

11. PENDUDUK / ANAK-ANAK.

Penduduk TAMAN DESA BARU 80 % adalah dari kalangan orang yang berjaya .Generasi kedua pula (Anak-Anak)kebayakan berjaya dalam pendidikan dan 90% daripadanya sehingga ke peringkat Universiti serta menjawat jawatan penting samada dalam kerajaan mahupun swasta,doktor,jurutera akauntan,pensyarah ,   pegawai pendidikan dan ahli koperat usahawan yang berjaya.  

Selain dari kecemerlangan dalam peringkat akademik anak-anak Taman DESA BARU , terdapat kecemerlangan dalam bidang keagamaan,setiap bulan     RAMADAN lebih kurang  30 anak-anak menjayakan TADARUS ALQURAN di  Surau AL MUTAQIN DESA BARU serta rombongan rumah ke rumah    BERTAKBIR HARI RAYA AIDIL ADHA dan AIDIL FITRI.

12. PERMASALAHAN.

Walaupun pada keseluruhannya   KEBERSIHAN TAMAN serta KESEPADUAN PENDUDUK TAMAN DESA BARU  amat baik , terdapat sedikit permasalahan dalam taman,iaitu terdapat  ,  rumah kediaman   yang kosong  . Ini menyebabkan kawasan halaman dan sekitarnya sejadi semak dengan rumput rampai dan mencacatkan keceriaan dan pandangan .      
Sehungan dengan adanya rumah yang kosong ini mengundang kehadiran jenayah,kebanyakan rumah terbiar kosong ini telah dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menanggalkan besi serta pendawaian elektrik,serta sesekali menjadi persinggahan penagih dadah   .Walau bagaimanapun kegiatan ini dapat dibendung dengan kerjasama baik dari pihak polis   daripada   BALAI POLIS BUKIT BARU.
Besarlah harapan kami dan kerjasama berterusan dari pihak MBMB , PEJABAT DAERAH MELAKA TENGAH serta agensi kerajaan yang lain dapat memberi nasihat kepada tuan-tuan punya kediaman kosong ini supaya mengambil tindakan yang sewajarnya. Seterusnya dapat menambah keceriaan       TAMAN DESA BARU dan membendung jenayah.

13. PENUTUP

Semoga dengan adanya profail yang tidak sepertinya ini dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam menjayakan    “ DUN CEMERLANG” , DUN BUKIT BARU , NEGERI MELAKA . Akhir kata kerjasama semua pihak adalah tonggak kepada kejayaan PERSATUAN TAMAN DESA BARU TAMAN BERSIH PENDUDUK SEHAT.

“ BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH “
“ BULAT AIR KERANA PEMBETUNG , BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT “.

Sekian ,terima kasih.

AJK 2007-2009

Disediakan oleh:

HJ.YAHYA BIN MD. SAHID, AMN . KPP.
PENGERUSI,
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN,
TAMAN DESA BARU.
BUKIT BARU , 75350 MELAKA.